Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi pada Khamis mengumum peralihan kuasa kepada sebuah majlis presiden.<br /><br />Pembentukan badan baharu itu melibatkan seorang presiden dan tujuh anggota bagi mengetuai rundingan berhubung gencatan senjata dan penyelesaian politik kepada konflik yang membelenggu negara itu sejak 2014.